Monday, November 28, 2011

tahun baru

best fwenzzzz forever :)


tahun baru (bagi islam) dah tiba.. makin lama makin tua farah nampaknya.. haha.. actually, farah rindu sangat kenangan masa tahun 2011.. kenangan time farah ngan kawan2 farah.. nanti bukak sekolah, kteorang x pasti lagi bertemu lagi or tidak.. rasa sedih pun ade jugak kan.. by the way, farah ingin memohon maaf atas kesalahan yang pernah farah lakukan terhadap korang semua.. heee.. :D

Friday, November 25, 2011

hadiah

ok, murid2 semalam ari ape? ari khamis.. haha *macam bdak bdak plak.. semalam ari jadi akak farah.. banyak betol die dapat hadiah.. heeee tapi kan, bukan die sorang jer yang dapat.. farah pun dapat hadiah jugak.. haha pelik kan.. farah dapat hadiah dari kawan farah iaitu syafiq sallehuddin or nama panggilannya adam.. haha.. dia baru balik dari langkawi, so dia bagi laa hadiah kat farah.. hadiah nya ialah gitar.. tapi bukan gitar yang besar tau.. gitar yang kecik jer.. comel plak uh gitar uh.. die tau2 jer farah suka gitar.. haha.. dia sanggup datang rumah farah sebab nak antar hadiah tuh.. baik btol die.. farah pun tak tahu npe die baik sangat ngan farah.. pelik kan? haha.. farah jugak dapat rantai dari kawan farah iaitu kecik (nme pnggilan) cantik sangat rantai tuh.. rantai uh berbentuk rama2.. btw, thanks sbb korang kasi hadiah kat farah.. walaupun hari jadi farah lmbat lagi, tapi farah tetap terima hadiah tuh.. terima kasih sekali lagi :)

Thursday, November 17, 2011

love guitar



errr gambar atas nie, bukan farah yer.. nie yuna laa hee

I love this guitar.. why? sebab gitar nie paling cantik daripada gitar yang laen.. fungsinya banyak kot.. tapi malangnya, harga gitar nie terlalu mahal.. mahal daripada gitar yang biasa punya.. farah nak sangat beli gitar nie tapi mahal :( farah nak guna duit tabung farah tapi abah farah x kasi.. sebab duit tuh semua untuk masa depan farah.. duit tuh untuk belajar nanti.. heee but, farah akan berazam untuk dapatkan gitar tuh.. farah tak akan berputus asa untuk dapatkan gitar nie.. huhu

Tuesday, November 15, 2011

they coming !!




2pm nak datang MALAYSIA ~~ wohoho. farah nak pegi farah nak pegi.. cousin farah dah beli tiket dah.. jelesnyeee haha.. anyway, farah tak suka laa pegi konsert macam nie.. bukannya nampak pun kan kan.. dah laa mahal, tak nampak pulak tuh.. hahahaha.. btw, farah suka sangat sangat sangat kat 2pm nie.. terutamanya, taecyeon and nichkhun !! heeee :D

Wednesday, November 9, 2011

activity after PMR :)

Assalammualaikum, today farah nak cerita tentang aktiviti lepas PMR.. banyak aktiviti yang farah and kawan2 buat.. antaranya, kiteorang pegi lepak2 kat bangi perdana, pegi lawatan aquaria, lawatan rabbit funland dan sebagainya.. ok, kat bawah nie gambar after PMR.. ade 5 cerita yang farah nak kongsi ngan anda semua.. (jika anda ingin melihat gambar secara besar, sila double click pada gambar tersebut).


nie gambar farah and my friends.. dalam gambar nie terdapat farah (me), zai, shasya, tort, syaba, nuwai, dini, zati, maznah, farwi, aqilah, mubarak, nurman, aizat, boy, farouq, aqil and ridhwan.. farah suke kawan ngan dieorang sumer.. kawan dunia akhirat.. heee.. kiteorang amik gambar nie sebagai kenangan tahun 2011.. tahun depan, kemungkinan kteorang tak akan berjumpa lagi.. sebab sumer nak pindah sekolah.. wuuu sedihnya.. 10/11/2011, nie laa tarikh kteorang amik gambar nie.. and tarikh nie laa kali terakhir kteorang sekolah untuk tahun 2011.. farah akan ingat korang sampai bila2.






hah, yang nie pulak aktiviti time kat sekolah.. kteorang sertai pertandingan bola baling, explorace, tarik tali.. manakala lelaki pulak sertai bola sepak.. farah bertuah mempunyai kelas 3 jujur.. kerana kteorang banyak memenangi hadiah dalam pertandingan.. antaranya, kteorang dapat nombor kedua dalam bola baling dan dapat nombor ketiga dalam bola sepak.. kteorang jugak dapat nombor pertama dalam tarik tali.. manakala, explorace kteorang dapat nombor keempat dan deklamasi sajak dapat nombor kedua.. waaaa, banyak betul kteorang menang.. haha btw, alhamdulillah :D



ikan ikan ikan.. haha.. nie adalah salah satu lawatan yang farah and kawan2 pergi.. kteorang pergi ke aquaria KLCC.. nie kali ketiga farah pergi ke aquaria.. so, agak bosan laa jugak.. haha.. barang2 di aquaria sangat MAHAL.. farah cume beli keychain yang berharga RM4.90 sahaja.. di dalam aquaria terdapat banyak ikan2 yang cantik.. begitu juga terdapat manusia yang handsome.. wahaha. shasya and zai amat menyukai nye.. sampai sempat lagi dieorang amik gambar ngan mamat tuh.. heee.. tetapi bagi farah, mamat tuh xde lah handsome sangat.. tapi, boleh laaaaa HAHA






nie jamuan kelas 3 jujur yang diadakan di rumah mubarak.. jamuan nie diadakan pada pukul 5 petang sampai 10 malam.. semua hadir time jamuan nie kecuali maznah and ikhwan.. dieorang tak datang sebab ade hal.. kteorang masak bbq, order domino, satay, and masak otak2.. jamuan nie bukan sahaja makan tetapi kteorang solat hajat and baca yasiin jugak.. kteorang baca yasiin supaya dapat result PMR yang cemerlang.. amiiin.




ari rabu bersamaan 9/11/2011 kami telah melawat ke rabbit funland :) haha.. kami amat gembira kerana berjumpa ngan rabbit yang comel.. bukan setakat rabbit jer yang ade, kuda dan lembu pun terdapat di sana jugak.. haha.. nie laa muka2 yang terlalu happy setelah berjumpa ngan rabbit..makanan di sana, terlalu MAHAL.. mahal daripada KLCC.. harga ais krim RM3.90 sahaja.. mak ai, nie dah melampau nie.. nak beli ais krim pun mahal.. apetah lagi beli makanan n' minuman haha.. btw, farah suka rabbit.. comel :D

pakwe vs kawan






Mana satu yang korang akan pilih?? Kawan atau pakwe?? kalau farah laa, farah pilih kawan.. korang semua mesti ada kawan bukan?? tipulah kalau korang cakap korang tak ada kawan.. Sedangkan 'Mr Bean' yang tak bergaul tu pun ada kawan.. korang apa tah lagi.. mesti beribu punyalah.. kawan sangat penting time umur kita sekarang ini (13-30 tahun).. sebab kawan la tempat kita bermain sama-sama, bergosip sama-sama, keluar jalan-jalan sama-sama, kena marah ngan cikgu kalo tak buat kerja rumah sama-sama.. kalau yang duduk asrama tu, tidor pun sama-sama satu katil.. SETUJU tak??


Kalau farah pilih pakwe daripada kawan, farah akan pastikan pakwe tu jadi suami farah.. kalau farah laa, kapel biar sampai kawin.. rugi bro kalau kapel tapi akhirnya clash.. membazir kredit korang je msg pakwe ko tu tiap hari.. Bukan stakat kredit je, hadiah yang korang bagi kat pakwe korang lagi.. Belanje makan, minum.. lebih baek tak payah kapel kalau 'just' nak penuhi nafsu korang je.. Kalau nak kapel, biar btol-btol nak kawin ngan pakwe korang tu.

Tapi kebiasaannya, kawan ni TAK BERAPA penting sangat dalam hidup kita bila kita sudah kawin nanti.. Kalo tak percaya cuba tengok mak bapak korang.. Berapa kali je mak bapak korang lepak-lepak ngan kawan mereka.. Sekali sebulan pun belum tentu.. mungkin setahun sekali.. Itu pun kira susah nak jumpa.. kalau ada pun mesti jumpa rakan sekerja, itu pun bincang pasal kerja.. tapi tak bermakna kawan tak penting.. kawan sangat penting dalam kehidupan kita.. So, hargailah kawan selagi kita masih ade kawan.. Jangan time kita susah sahaja kita cari kawan.. time kita senang pun kenelah cari kawan.. belanje kawan minum ke, makan ke.. selagi korang ada kawan, jagalah kawan anda ngan baek. "... no women is useless while she has a friend."

Monday, November 7, 2011

blog baharu !!

hahahahahaha (mari gelak ramai2) heee.. korang mesti tertanya tanya mana post yang lama kan kan.. haha.. farah dah delete dah laa.. semuaaaaaa post lama farah dah buang... farah delete sebab semua post tuh macam tah pape jer.. n' banyak giler kenangan yang paling pedih dalam hidup farah.. so, lebih baik farah delete kan kan kan.. heeee.. sekarang farah nak mula hidup baru.. hidup yang paling paling paling paling gembira.. farah x nak sia-sia kan zaman remaja farah selalu sedih sahaja.. farah nak happy go lucky.. bak kata pepatah, zaman remaja hanya sekali seumur hidup.. heee.. sebenarnya farah nak buat blog baru tapi sayang lak nak delete blog nie.. haha.. tunggu 2 tahun lagi, insyaallah farah buat blog baru.. sekian terima kasih :)